|
MERCY Malaysia belanja RM4.48j bantu Gaza
KUALA LUMPUR 15 Jun - Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) telah membelanjakan RM4.48 juta untuk bantuan kemanusiaan di Gaza setakat 31 Mei lalu. Presiden Mercy Malaysia, Dr. Ahmad Faizal Perdaus berkata, ketika ini pihaknya memfokuskan kepada bantuan perubatan termasuk menyumbangkan ambulans kepada hospital dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di wilayah itu. "Ketika Gaza diserang pada tahun 2009 kami telah menghantar 25 sukarelawan bagi membantu mangsa tetapi pada ketika ini Mercy Malaysia hanya mampu memberi bantuan dari jarak jauh kerana sukar untuk memasuki Gaza akibat dikawal ketat oleh Israel. "Ketika serangan tersebut beberapa hospital telah musnah. Oleh itu, Mercy Malaysia telah menghulurkan bantuan perlatan perubatan kepada El Hilal Emirati, Tal Sultan Hospital dan Naser Hospital. "Mercy Malaysia juga memberi bantuan untuk pembinaan semula hospital di El-Wafa pada Mei 2009 kerana terjejas teruk akibat serangan Israel," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Selain itu menurutnya, pada September 2009, sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi memberi bantuan dua buah ambulans kepada Mohammed bin Rashed Al Maktoum Hospital dan Patient's Friends Benevolent Society. "Pada Januari 2010, sekali lagi Mercy Malaysia menghantar dua buah ambulans ke Gaza untuk diserahkan kepada Al-Jazeera Sport Club for the Disable yang dianggotai oleh atlet-atlet yang kurang upaya," katanya. Tambahnya, Mercy Malaysia sedang merancang untuk menyediakan latihan seperti rawatan perubatan dan psikologi dengan kerjasama pakar-pakar dari Britain kepada masyarakat Gaza supaya dapat membantu membangunkan negara mereka. Source: Utusan Malaysia Online
MERCY Malaysia continued its partnership with The Office of the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), the UN Refugee Agency, and ran 11 mobile clinics in Klang to offer primary healthcare to the stateless as well as marginalized communities.
Your support inspires us to continue our humanitarian work. Help us do more.
Back to top
|